Wednesday, November 7, 2012

Pra-Sekolah

Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun.


 Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.

 
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
Gambar:carian di google..

 Disalin dan tampal dari SINI

 Layari senarai pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Thursday, October 18, 2012

Kata Pembuka Bicara...

Alhamdulillah..syukur..Dengan izinNYA blog ini dapat dihasilkan..Terima Kasih ALLAH.. Semoga apa yang terpapar di sini nanti dapat dikongsikan bersama dan dapat memberi kebaikan dan manfaat untuk saya dan semua..